.

qaisara insyirah mohd anuar

qaisara insyirah mohd anuar

Tuesday, June 21, 2011

PENGUATKUASA JPJ MAUT DIREMPUH KERETA

BANDAR BARU NILAI: Seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika melakukan pemeriksaan rutin di Batang Benar, Mantin di sini, semalam.Mangsa, Wardi Ahmad, 28, maut di tempat kejadian akibat parah pada badan dan kepala, manakala pemandu Ford Laser yang merempuhnya, Ismail Dahlan, 44, turut meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Wardi dikatakan berada di but kenderaan JPJ untuk mengambil barang selepas pasukannya berhenti di belakang sebuah lori untuk pemeriksaan biasa di tepi jalan.
Rakannya, Mohd Aezrool Aadzree Rosni, 29, yang ketika kejadian berada di tepi pintu pemandu kenderaan berkenaan, mendakwa sebuah kenderaan yang datang dari arah belakang hilang kawalan dan terbabas menuju ke arah mangsa sebelum merempuhnya.“Saya tergamam apabila melihat Ford Laser itu menghampiri mangsa dan langsung tidak sempat menjerit menyuruhnya menyelamatkan diri,” katanya yang sempat melompat ke depan ketika rempuhan berlaku

berita selanjutnya baca sini

* Marilah kita sedekahkan Al - fatihah untuk arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sometimes aku risau gak coz my hubby also penguatkuasa but tak boleh nak negatif thinking coz walau apa pun keje kite kalau dah ajal, itula ketentuan TUhan, sebagai manusia kita hanya perlu bersedia dengan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat kelak....AMin
Sama-lah kite muhasabahkan diri kite.....

1 comment:

ibu qaleesya said...

tu lah.. setiap yang terjadi dah ketentuannya.. AL-FATIHAH

Ferno 2nd Ag -Lumut

My SweEt memoriEs

Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Related Posts with Thumbnails