Setelah berbagai-bagai kontroversi melanda seorang ahli kumpulan lawak terkenal ini yang kini sudah dibubarkan kumpulannya , Mamat, kini timbulnya lagi gossip dan malang yang menimpa Mamat. Sudahlah dikaitkan dengan masalah disiplin, lepas itu kontroversi melibatkan beliau dengan kekasih hatinya, Fida, yang mengupload gambar Fida menampakkan rambut fida ke laman sosial beliau, Mamat akhirnya ditinggalkan oleh Rafidah Ibrahim.
Kami sebelum ini melaporkan tentang kenyataan Fida yang marah, sedih dan kecewa dengan sikap mamat sehinggakan fida menjadi tawar hati kpd mamat.. Dek kontroversi yang melanda itu, Fida akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Mamat dan ingin menumpukan tentang kerjayanya sahaja.
Kenyataan Fida ini dikeluarkan dan ditemubual secara eksklusif melalui perbualan telefon oleh sebuah laman gossip terkenal. Jom kita lihat kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Fida yang kami copy pasta untuk anda baca
Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.
“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”
“Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”
Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?
“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”
“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”
Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?
“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”
Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?
“Fida harap di’masa akan datang kalau kita di’jodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua”














No comments:
Post a Comment