
Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya

Slot Akasia menayangkan sebuah lagi siri drama penuh emosi yang bertajuk Soffiya sebanyak 28 episod lakonan hebat Tiz Zaqyah(Soffiya), Fizo Omar(Ilyas), Izara Aishah(Fiona), Azhar Sulaiman(Kamal) dan Syazwan Zulkifli. Bermula pada 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Drama bersiri ini adalah arahan Joeza Rasidi dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd
SIAPA YANG TAHU ENDING CERITA NIE...Mcm tak sabar jerk nak tahu apa akan jadi kat yaya@ soffi.














No comments:
Post a Comment